Datuk Siti Nurhaliza "Sound" Youtuber Ciplak Kerana Lagu Ini



Menjadi insan seni ini bukanya mudah untuk mencipta nama. Segala usaha dan bakat yang dimiliki oleh insan seni selalunya mengambil masa yang lama untuk diketahui oleh masyarakat.

Walaupun telah mencipta nama dalam industri muzik tanah air, Datuk Siti Nurhaliza tidak terlepas dengan masalah yang seringkali membelenggu insan seni lain iaitu isu hak cipta.

Seperti sedia maklum, lagu baru penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza bersama Kmy Kmo dan Luca berjudul Tujuh Nasihat baru saja dilancarkan tengah malam semalam.

Walaubagaimanapun, timbul pula satu isu yang mengejutkan ramai apabila Datuk Siti Nurhaliza menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa dukacita apabila sudah banyak lagunya itu dimuatnaik dan diletakkan dalam laman YouTube masing-masing.

Datuk Siti Nurhaliza kelihatan sangat kecewa kerana ianya melibatkan lagu Tujuh Nasihat.

Terbaru, Datuk Siti Nurhaliza memuat naik satu kenyataan dimana dia juga memohon agar pihak terlibat menghormati hakcipta dan karya insan seni.

“Salam semua. Lagu baru saya bersama Kmy Kmo dan Luca berjudul Tujuh Nasihat baru saya dilancarkan sejak tengah malam tadi.”

“Dukacita, sudah banyak yang memuat naik dan meletakkan di dalam Youtube masing-masing. Saya memohon supaya anda menghormati hakcipta dan karya insan seni. Bagi pihak syarikat saya, SNP & Universal Music akan segera membuat pemantauan mengenai hal ini. “

Datuk Siti Nurhaliza memberi peringatan kepada sesiapa yang terlibat untuk memadam video sebelum laporan dibuat.

“Saya memohon agar pihak yang berbuat sedemikian dapat memadam video tersebut sebelum laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya. Bantu saya dan report akaun berkenaan ya. Terima kasih.”

Menerusi ruangan komen posting berkenaan, ternyata ia meraih pelbagai respon padu daripada peminat Datuk Siti Nurhaliza yang turut membidas tindakan sedemikian.

Posting Datuk Siti Nurhaliza berhubung isu melibatkan lagunya Tujuh Nasihat itu turut membuatkan netizen menyokong kerana ia berkaitan hasil karya.

Hasil karya adalah tertakluk di bawah akta hak cipta terpelihara. Sesiapa yang melanggar hak cipta seseorang atau pihak lain, mereka boleh didakwa di mahkamah. Oleh itu, isu hakcipta ini bukanlah perkara kecil dan perlu dibanteras di negara kita ini.

Hormatilah hak cipta orang lain dan jangan meraih hasil "PERCUMA" dari usaha keras dan karya orang lain.
Dikuasakan oleh Blogger.