CCTV Hospital Merakam Satu Jasad Misteri Seorang Nenek Bongkok. Pihak Hospital Tampil Beri Penjelasan.

Kita pantang kalau ada benda benda mistik terjadi mesti ramai yang akan teruja. Teruja dia sampai percaya dengan apa yang ditunjukkan tanpa membuat pemeriksaan.
Pada zaman media sosial ini atau dengan bahasa lainnya, akhir zaman memang mudah untuk kita terpedaya dengan kisah kisah yang pelik dan rupanya apa sebenar yang terjadi tidak benar.
Baru baru ini tular di media sosial, gambar seorang nenek tua yang bongkok dikatakan entiti.
Sebuah laman page Facebook yang khususnya mencari entiti entiti atau dengan kata lainnya mencari hantu telah memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen.
Gambar asal dimuat naik oleh satu laman page bernama Sl***er Daily, kerana terdapat watermark pada gambar tersebut. Page paranormal tersebut menulis kredit gambar kepada page Sl***er Daily tersebut.
Gambar yang di tangkap sendiri oleh doktor. Di tegur tapi tak berjawab. Semua pesakit kat situ muda2 semua. Siapakah dia?



Gambar tersebar luas di media sosial sehinggakan bermacam macam cerita seram yang keluar dari belah netizen.

Keterangan Pihak Hospital

Setelah tular gambar nenek tersebut, pihak hospital telah tampil buat penjelasan dan menerangkan nenek tersebut bukan lah entiti atau hantu tetapi hanya seorang pesakit.
Assalamualaikum tuan admin Pencari Entiti Crew. Kami ingin merujuk posting tuan mengenai warga emas yang dilihat berjalan seorang diri di wad seperti gambar tertera. Dimaklumkan warga emas tersebut adalah merupakan pesakit di salah sebuah hospital kami.
Sehubungan dengan itu, bagi menjaga privasi pesakit dan waris serta mengelak salah tanggapan oleh netizen mohon jasa baik pihak tuan untuk memadam posting ini.
Kerjasama tuan amat kami hargai – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
Memang jelas kot, takkan lah hantu pakai baju hospital dan ada pula bayang bayang.
Jadi kepada sesiapa terutama pemilik laman page Facebook, harap membuang gambar nenek tersebut dan buat penjelasan yang sepatutnya sebelum tindakan lanjut diambil oleh ahli keluarga nenek tersebut.
Kepada netizen, jangan mudah percaya ye lepas ni ..
Dikuasakan oleh Blogger.