Pantang Menyerah sebelum Rebah. Lelaki Ini Mengerah Segala Kudratnya Malawan 2 Penyamun Yang Cuba Melarikan Moto Y15ZR Beliau..

Bukan mudah untuk cari rezeki zaman sekarang, walaupun sudah memasuki tahun 2020 masih ada lagi cuba buat perkara tidak elok dengan menyamun. Banyak peluang pekerjaan di luar sana jadi tidak perlu untuk menyamun.
Seorang penghantar makanan GRABFOOD alami detik cemas apabila motorsikal beliau hampir dicuri oleh 2 orang (melayu) di Damansara Perdana. Kenderaan (Yamaha y15zr) beliau digunakan untuk mencari rezeki, sudah pasti beliau akan lawan.
KENYATAAN PDRM


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di depan bangunan Phileo Damansara 2.
Menurutnya, dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z menghampiri penghantar makanan itu mendakwa motosikal milik mangsa adalah kenderaan curi dan ingin mengambilnya.
“Suspek menyuruh mangsa turun dalam masa sama seorang rakannya memukul kepalanya dengan pengunci motosikal.
“Mangsa bergelut untuk menyelamatkan diri dan sempat menendang motosikalnya yang cuba dilarikan suspek hingga jatuh,” katanya.
Mohd Zani berkata, ketika bergelut telefon bimbit milik suspek terjatuh di lokasi kejadian namun ia tidak diambil kembali sebelum kedua-dua penjenayah terbabit melarikan diri.
Menurutnya, ada saksi melihat seorang daripada suspek membawa parang yang diselit di bahagian belakang badan.
“Pengadu alami kecederaan di bahagian telinga, kepala, badan belakang dan mulut namun tidak alami kerugian kerana motosikalnya gagal dilarikan. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Sekiranya kita lihat kes kes samun sebelum ini, kebanyakkan mangsa samun pasti serah diri kerana takut diri diapa apakan tetapi tidak untuk saudara Amirul Adli. Menurut rakan beliau yang diberi nama Mr’Apex Shukor di dalam Facebook telah memuatnaik keadaan terkini rakan mereka selepas cubaan menyamun saudara Amirul gagal.
Menurut sumber, saudara Amirul dibelasah dengan menggunakan pengunci motorsikal (forklock) dan ditumbuk bertubi tubi tetapi semangat dia untuk mencari rezeki dan kudrat yang ada beliau mampu mengagalkan cubaan 2 penyamun yang cuba tarik rezeki beliau.
Rata rata netizen memuji saudara amirul dan mendoakan beliau agar cepat sembuh untuk boleh dia mencari rezeki.

PERGI KE RUMAH PEMILIK HANDPHONE TERSEBUT

Selepas tular kejadian itu, satu kenyataan dimuat naik menyatakan bahawa pemilik handphone itu juga baru sahaja diragut. Rata rata netizen meragui kenyataan yang dimuatnaik oleh Hanie Izzaz.
Ramai netizen memberitahu ini adalah salah satu untuk menutup tanggapan orang ramai bahawa gambar lelaki di dalam telefon bimbit itu adalah penyamun. Setelah disiasat kami dapati akaun Facebook Hanie Izzaz sudah tiada.

Serbu Rumah Pemilik Handphone

Salah seorang rakan kepada mangsa GRABFOOD telah memuat naik satu kenyataan di Facebook beliau. Pada malam selepas kejadian mereka telah pergi ke lokasi rumah yang dikatakan pemilik handphone tersebut.
Tujuan utama mereka pergi adalah untuk mendapatkan pengesahan kerana ada kenyataan bahawa telefon bimbit itu juga dicuri.
Ketika mereka tiba, hanya ahli keluarga pemilik handphone berada di rumah dan tuan handphone tiada.
Menurut maklumat dari rakan mangsa, penunggang GRAB FOOD itu memberitahu wajah dalam telefon bimbit itu adalah orang yang sama.
Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada pihak polis.
Terima kasih pada yang memberi info & membantu share kan kes ini .. Dari info yang boleh dipercayai sy dan kawan2 dah pergi ke rumah saspek untuk mensahihkan identiti walaupun saspek tiada dirumah .. Terima kasih jugak pada family saspek yang bagi kerjasama sebentar tadi.. Pihak Polis juga telah menjalankan tugas mereka untuk kes ini . Terima kasih sekali lagi

Semoga pihak PDRM dapat selesaikan kes ini dengan segera. Bermacam macam teori telah dikeluarkan tetapi kebanyakkannya menuju kepada gambar lelaki di dalam handphone.
Dikuasakan oleh Blogger.