Lee Chong Wei Kaya Bukan Sebab Main Badminton, Ini Sebabnya Buat Dia Kaya Raya

Sebut sahaja nama Dato’ Lee Chong Wei pasti ramai yang mengenali insan hebat ini. Dikenali bukan sekadar di Malaysia sahaja tetapi di persada dunia.
Dia adalah antara atlet berasal dari Malaysia yang berjaya di pelbagai peringkat.
Dengan memenangi pelbagai kejuaraan dalam pertandingan badminton di semua peringkat kejohanan dan sudah beberapa kali memegang gelaran pemain badminton nombor 1 dunia.
Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh Dato' Lee Chong Wei sangat membanggakan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia.
Selain Pemain Badminton Apa Pekerjaan Lain Lee Chong Wei?
Manakala di luar gelanggang, beliau diminati oleh syarikat-syarikat korporat, nama dan wajahnya juga bernilai untuk dikomersialkan bagi tujuan melariskan produk mereka.
Selain itu beliau memiliki syarikat pemaju perumahan Chong Wei Binajaya. Beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Sehingga kini asetnya mencecah RM300 juta.
Menurut sebuah portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei kini telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya. Aset pada tahun 2011, RM1.7 juta meningkat kepada RM237 juta.
Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Wei pada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.
Miliki 6 Jenis Kereta Mewah?
Chong Wei sangat sukakan kereta mewah dan beliau miliki 6 kereta mewah. Antara kerata mewah yang beliau miliki adalah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1.
Selain itu, Chong Wei sukakan jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.
Akhbar Dongguan Shibao dari China melaporan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pasti ramai yang akan terkejut melihat koleksi kereta yang disimpannya.
Selain pemain badminton, menjadi duta produk adalah sumber pendapatan utama Chong Wei. Bagi setiap produk, bayaran yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.
Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutanya ialah Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi. 
Walaupun beliau ketika ini sudah bersara dalam dunia sukan badminton, tetapi dia masih boleh hidup senang lenang dengan harta yang dimiliki. Ternyata kekayaannya bukanlah datang dari bermain badminton semata-mata. Kalau diikutkan mungkin sampai 7 keturunan hartanya itu belum habis lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.