Pandu Anak Hingga Ke Sekolah, Dah Sampai Ibu Bantai Gelak Besar Tengok Anak Tiada.

Menjadi surirumah bukanlah satu tugas yang mudah. Mengemas rumah, menyiapkan makan minum keluarga, dan menghantar serta mengambil anak dari sekolah semuanya dipertanggungjawabkan kepada isteri apabila suami sibuk di pejabat.

Tumpuan mudah terganggu.

Rutin yang sama setiap hari juga lama kelamaan pasti akan membuat sesiapa sahaja hilang tumpuan dan terlupa beberapa perkara kecil.
Kisah-kisah yang biasa kita dengar termasuklah ibu terlupa mengunci jam untuk bangun pagi, terlupa buat sarapan atau terlupa mengambil anak dari sekolah.
Namun lain pula kes seorang ibu ini apabila dia  terlupa untuk membawa anaknya ke sekolah. Dalam satu video yang dikongsikan di Twitter, seorang wanita pecah perut apabila mendapati anak-anaknya tiada di dalam keretanya.
She rlly drove her kids to school but her kids weren’t in the car 😭😭😭😭😭😭😭😭😂😂😂 i can’t stop laughing 😂😭😭😂😭😭😂😂

109K people are talking about this
Menurut ibu itu, dia sedang memandu ke sekolah untuk menghantar anak-anaknya, namun di tengah perjalanan baru dia perasan anak-anaknya tiada di dalam kereta.
Wanita berkenan merakam tempat duduk belakang keretanya sambil tergelak besar dan berkata dia perlu berpatah balik untuk mengambil mereka.
Rata-rata netizen turut berdekah melihat reaksi ibu itu yang geli hati dengan kemamaiannya pada pagi itu dan menyarankan agar dia mengambil hari bercuti untuk tenangkan fikiran.

“Dia perlukan percutian…”


“Bila stress level sampai…”


Lebih melucukan, apabila wanita tersebut sampai ke rumah, rupa-rupanya anak-anak yang ditinggalkan bukanlah kanak-kanak yang masih kecil tetapi 2 remaja lelaki yang sudah besar.
Situasi itu membuat netizen tertanya-tanya bagaimana dia boleh tidak perasan keretanya kelihatan kosong tanpa kedua remaja itu.

“Tengoklah saiz budak2 tu, macam mana dia boleh lupa…”


“Apa yang kelakarnya budak2 tu bukan kecik…”



Sumber: Twitter
Dikuasakan oleh Blogger.