Selepas 4 hari Ashraf Sinclair Selamat Dikebumikan, Baru Ibunya Meluahkan Perasaan. Sayu Pula Hati Ini.

Sukar menggambarkan kesedihan seorang ibu ketika berdepan detik kematian anak tersayang.


Hanya selepas empat hari pemergian pelakon, Allahy4rham Ashraf Sinclair, ibunya mendapat kekuatan untuk berbicara.
Khadijah Abdul Rahman dalam entri laman sosial, Instagram (IG), semalam mengucapkan penghargaannya atas perhatian orang ramai terhadap anak sulungnya itu.




Menerusi akaun IG atas nama Dida Sinclair, sukar untuknya meluahkan perasaan selepas pemergian arwah Ashraf.
“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini.
“Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf.
Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kes4kitan atas pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.
“Allah SWT mempunyai rancangan untuknya dan kami dengan tulus hati reda atas pemergiannya. Walaupun sukar untuk menerima, tetapi semoga kehidupannya selama 40 tahun ini menjadi terbaik untuk alam akhirat,” katanya.
Luahan Khadijah dikongsi pada ruang komen entri dan hampir 40,000 tanda suka sejak dimuat naik. Kebanyakan mendoakan yang baik-baik untuk arwah Ashraf dan keluarganya. 

Antara kenalan yang meninggalkan komen termasuklah Yasmin Hani dan artis dari Indonesia, Dewi Sandra.
Pada Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian ar-wah Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.
Allahy4rham meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.
Sumber : Bharian Online
Dikuasakan oleh Blogger.