Hanya Berbumbungkan Langit, Lelaki Khusyuk Tunai Solat Atas Treler

Menjadi muslim sejati hanya mudah sahaja. Ikuti segala suruhan Allah dan jauhilah segala larangan Allah. Tetapi tidak semua orang mampu untuk melakukan suruhan dan larangan itu.
Walaupun Islam mewajibkan semua umatnya melakukan solat tetapi tidak semua umat Islam pada hari ini mengerjakan solat.
Sebagai seorang Muslim, setiap tanggungjawab yang sudah diamanahkan hendaklah dilaksanakan. Begitu juga suruhan yang meminta agar sesiapa yang beragama Islam untuk mendirikan solat.
Tiada alasan yang khusus untuk sesiapa yang waras dan juga mampu untuk meninggalkan ibadah wajib itu. Hal ini kerana solat adalah rukun Islam yang boleh dilakukan dimana sahaja asalkan ia tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Solat di mana sahaja

Hal ini samalah seperti satu gambar yang telah tular dimedia sosial baru-baru ini mengenai seorang lelaki yang solat di atas lori trelernya.
Dia yang sedang khuyuk solat secara tidak sengaja telah ditangkap lensa kamera dan gambar itu tular di laman Facebook Galeri lori dan Bas.





Kejayaan sebenar bukanlah gaji…

Walaupun lokasi gambar itu diambil tidak diketahui dimana, namun kapsyen yang disertakan di laman Facebook sumber benar-benar memberikan pengajaran untuk semua.

“Jaga solat kerana di situ ada kejayaan. Kejayaan sebenar bukan dari berapa gaji kita, tapi dari ketaatan kita sebagai hambaNya.”

Sehubungan dengan itu, setiap umat Islam hendaklah melaksanakan ibadah tersebut dengan penuh tanggungjawab kerana ia bukan sekadar satu pembuka rezeki malah menjadikan kita seorang yang berjaya. 
Jadilah seorang Islam yang diredhai oleh-Nya dan jadikan rezeki yang kita kejar itu satu keberkatan. Insyaallah hidup kita akan menjadi tenang di dunia ini dan mendapat ganjaran di akhirat kelak.
Dikuasakan oleh Blogger.