Tun Mahathir Boleh Dilantik Semula

tun mahathir
Nampaknya sehingga kini belum dapat diputuskan lagi Perdana Menteri Malaysia yang sebenar setelah lewat petang semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah berkenan melantik YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara.

Ramai masih tertunggu-tunggu dengan pengumuman Perdana Menteri tetap ketika ini namun masih dimuktamadkan lagi.

Namun, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dilantik semula sebagai Perdana Menteri kelapan, sekiranya mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat.
Hal ini demikian kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti
Hal itu dijelaskan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Osman, ketika diminta mengulas mengenai perletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, semalam.
“Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, namun beliau masih seorang Ahli Parlimen.
“Peruntukan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agong boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat,” katanya.
Tambah Abu Talib lagi, perlantikan itu perlu dilakukan dengan segera bagi membolehkan urusan pentadbiran negara berjalan dengan lancar.
Dalam pada masa yang sama tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Timbalan Perdana Menteri menggantikan Perdana Menteri secara automatik.
Semalam(24.2.2020), Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim.
Katanya, pelantikan itu sementara menunggu Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah jawatan selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkembangan sama, Yang Dipertuan Agong turut membatalkan pelantikan menteri-menteri Kabinet atas nasihat Perdana Menteri. Ketika ini hanya Perdana Menteri(Sementara) sahaja yang menjalankan tugas-tugas sebagai Perdana Menteri. Menteri dan Timbalan Menteri masing-masing telah mengemaskan barang mereka di pejabat dan hidup sebagai rakyat biasa.
Dikuasakan oleh Blogger.