[VIDEO] Rekod Baru Malaysia, Kesemua Ahli Parlimen Akan Di Panggil AGONG Untuk Sessi Temuduga Mulai Hari Ini.

Menerusi satu pengumuman yang dikeluarkan oleh Istana Negara melalui siaran langsung sebentar tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan memanggil kesemua ahli parlimen pada petang ini dan esok.


Melalui siaran langsung tersebut, YDP dikatakan akan mengadakan satu ‘temubual’ peribadi empat mata dengan setiap ahli parlimen sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Pertemuan yang dikatakan pertama kali dalam sejarah itu akan berlangsung sekurangnya 3 minit bagi setiap individu tanpa mengira parti.

Difahamkan, ‘temubual’ ahli parlimen bersama YDP akan bermula petang ini pada jam 2.30 petang dari kumpulan pertaman manakala selebihnya akan disambung pada esok.
Dikuasakan oleh Blogger.