Wartawan Tanya Soalan Dalam B. Inggeris Kena Sound Depan-Depan Dengan Ku Li. Power Betul Ayat Dia Bagi.

Sudah semestinya setiap wartawan dan juga petugas media sedang rancak mencari berita berkaitan dengan isu semasa yang melibatkan kemelut politik negara.
Jadi, para ahli politik menjadi sasaran utama mereka bagi memperoleh sumber dan juga pendapat yang sahih berkenaan apa situasi yang sedang berlaku sekarang.
Wartawan kena tegur
0
Namun begitu, satu video yang dimuat naik oleh Sinar Harian telah tular apabila seorang wartawan telah ditegur oleh ahli UMNO vateran iaitu Tengku Razaleigh Hamzah atau mesra disapa Ku Li.
Menerusi sorotan video tersebut, seorang wartawan telah mengutarakan soalan dalam bahasa Inggeris dan terus ditegur oleh Ku Li dengan menyatakan bahawa beliau hanya akan menjawab soalan dalam bahasa Melayu.

Apabila menemuramah tokoh yang berbangsa Melayu, sila guna Bahasa Melayu.

Bahasa jiwa bangsa. Bahasa Melayu telah termaktub di dalam Perlembagaan sebagai bahasa rasmi.



Ramai yang bersetuju tindakan Ku Li

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter menggunakan nama ladydarshankaur ini telah mendapat perhatian daripada warganet yang bersetuju dengan teguran Ku Li itu.
Orang lama kalau berkias….
Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut berpendapat sama dengan pengguna Twitter itu. Mereka mengatakan bahawa sepatutnya wartawan lebih peka dalam menemuramah individu tertentu.
Lebih-lebih lagi seorang tokoh yang sememangnya memegang kuat ketuanan Melayu. Jadi, komen-komen yang diterima mengakui tindakan wartawan tersebut kurang manis dan harus lebih peka selepas ini. 



Dalam perkembangan terkini, Anwar umum diri sendiri sebagai PM

Pakatan Harapan (PH) hari ini mengesahkan mencalonkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Menurut kenyataan hari ini, keputusan itu dicapai sebulat suara semalam selepas Dr Mahathir, yang kini merupakan perdana menteri sementara tidak bersetuju mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH yang juga diadakan semalam.
Kenyataan PH itu hadir kira-kira sejam selepas Dr Mahathir Mohamad mendedahkan punca beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
“Hari ini ahli-ahli parlimen PH daripada PKR, DAP dan Amanah telah mencalonkan Anwar sebagai calon perdana menteri bagi kerajaan PH,” kata kenyataan itu.


Tak wajar bincang soal jumlah kerusi – Anwar
KETUA Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaakan tidak wajar untuk membincangkan soal jumlah kerusi bagi menubuhkan kerajaan kerana ia disifatkan sebagai tidak beradap.
Beliau yang juga Presiden PKR berkata, segala keputusan membabitkan perlantikan jawatan Perdana Menteri dan penubuhan kerajaan baharu diserahkan sepenuhnya di atas pertimbangan Yang di-Pertuan Agong.
Anwar berkata demikian ketika sidang media ringkas di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini.
“Dokumen SD Ahli Parlimen “Tidak Lagi Relevan” – Anwar Ibrahim
Presiden PKR Anwar Ibrahim dijangka mengadakan sidang media sekitar jam 5.30 petang.
Sidang media di ibu pejabat PKR itu pada awalnya dijadualkan pada pukul 4.30 petang tetapi ditangguhkan untuk memberi laluan kepada perutusan khas oleh Perdana Menteri interim, Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan secara langsung di televisyen pada jam 4.45 petang.

Pemimpin PKR itu kini sedang meneliti kenyataan Mahathir sebelum meneruskan sidang akhbar tersebut.
Dikuasakan oleh Blogger.