Bila Tengok Gambar Kakak Saya Ni Otomatik Saya Menangis. Terharu Atas Kesungguhan, Achey Cerita Kisah Ahli Keluarga Di Barisan Hadapan

Pelawak dan penyanyi, Achey ada berkongsi pengalaman yang didepani beberapa ahli keluarganya yang berada di bahagian hadapan dalam mencegah penul4ran w4b4k c0v1d-19 di negara ini.
Jelasnya, dia mempunyai biras yang bekerja sebagai anggota p0lis sementara tiga iparnya pula bertugas dalam bidang kesihatan.
“Assalamualaikum wahai rakyat malaysia, saja nak kongsi cerita benar.
“Biras anggota polis di IPD raub.. kerja polis korang pun sedia maklum… bertindak cakap lembut korang acah2 mcm paham kerja diorang… selamba cabar diorang.. wal hal anak bini famly diorang tu tunggul ke tgk diorang di cabar camtu… sabar sentiasa je diorang.. sbb tu diorang jadi polis boleh sabar dgn kita ni.



“Saya ada 2 orang kakak ipar nurse rashidah h0sp1tal kulai dan mastura jumadi h0sp1tal kluang…serta seorang adik ipar bahagian farmasi laila.
“Tengok gambar kakak saya rashidah dan kak mastura ni automatic air mata jatuh. Bayangkan 18jam dgn baju tugasan begini.
“Nak rasa cuba korang pakai baju hujan full selama 18 jam, itu pakai je. Diaorang siap bertugas dan tugasan mereka sekarang bukan mcm biasa dah berlipat ganda,” tulisnya.
Achey menerusi kapsyen panjang lebar di Instagram turut menambah, foto tersebut dikongsikan mereka sebagai ingatan doa atas khidmat yang dicurahkan.
Pada masa sama, anggota kumpulan Bocey ini juga meminta individu yang mempunyai gejala c0v1d-19 agar tidak merahsiakan selain mematuhi arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Gambar  ni di berikan pada keluarga agar keluarga sentiasa mendoakan perjuangan mereka.
“Ada yang kata .. alaa mereka dah di bayar untuk kerja diorang… yeaaaa mmg .. abih sampai 18jam kerja tu bertambah ?? Ada diorang kesah pasal bayaran??… diorang kesahkan korang selamat je!
“Antara diorang pun ada yang dah di j4ngk1ti. Diorang nak ke di j4ngk1ti, benda ni bahaya weihh. Tapi tugasan mereka adalah tugasan tadah leher dalam bahasa kasarnya… diorang wajib lakukan! Demi kita!
“Lagi 1 kalau korang ada suspek di j4ngk1ti jgn rahsiakan, bgtau supaya korang boleh di bantu!. Diorang habis kerja dengan letih.
“Masuk rumah ikut pintu belakang… ada jugak yang mandi n tido kat luar buat khemah… esok bangun mandi kat luar lagi then pegi keja balik… demi menjaga keluarga supaya tidak di j4ngk1ti … demi untuk kita semua juga sentiasa selamat!
“Kita!… macam mana kita nak bantu mereka?… kita ikut la pesan diorang sbb pesan diorang tu sama dgn pesan kerajaan… dan diorang pesan bukan main2!. #stayathome #dudukrumah adalah jalan terbaik untuk mereka.
“Mereka tak mintak korang duit, mereka tak mintak korang apa2.. tu je duduk rumah jeeee. Please diorang dah penat sangat! #kitajagakita.
“SAYA KAGUM DENGAN PERJUANGAN KALIAN. Cuba korang bagi kata2 terbaik untuk mereka!,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi positif ramai, termasuk rakan selebriti.
Sementara itu setakat Sabtu, negara ini merekodkan empat kematian terbaharu akibat c0v1d-19, menjadikan keseluruhan lapan kematian setakat ini.
Sumber:Instagram Achey


Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : KL Menjerit
Dikuasakan oleh Blogger.