KJ Sumbang Keperluan Harian, Pelajar Komen “Siap Ada Pad, Betul-Betul Macam Abah Kita!”.

Menterl Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mencuri tumpuan wargamaya apabila memberi sumbangan keperluan harian pada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi satu kicauan beserta beberapa keping foto barangan yang disumbang. 

“Terima kasih YB @Khairykj atas sumbangan makanan serta keperluan asas kepada para pelajar di UPM. Thank you Abah!!!” tulis pengguna tersebut. 
Apa yang menarik perhatian ramai adalah terdapat tuala wanita yang turut disumbangkan untuk kegunaan para pelajar.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, ramai yang memvji tindakan Khairy yang prihatin dengan nasib pelajar universiti. 
Malah, ada ramai pelajar universiti lain yang turut memohon sumbangan memandangkan mereka tidak dibenarkan keluar daripada kolej kediaman berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. 
“Dia tak lupakan tuala wanita!!! Yess!! Lelaki tak tahu betapa payahnya beli tuala wanita di saat situasi macam ni,” kata seorang wargamaya. 
“Bestnya waktu waktu macam ni ada orang derma pad. Satu pad tu nak dekat RM20, dan kalau ada orang derma, duit tu boleh buat makan ke apa ke. Thank you!” komen seorang wargamaya. 
“Common sense abah tinggi siap bagi KOTEX. Thanks abah bantu diorang,” puji seorang wargamaya. 
“Abah, USM pun perlvk4n sumbangan macam ni. Duit kami dah nak habis,” luah seorang wargamaya lagi.
“Omg KJ bagi pad! Ni betul-betul prihatin macam abah kita. Thank you!” kata seorang wargamaya lagi. 
Imbas kembali, Khairy antara 31 menteri, termasuk empat menteri kanan, dan 37 timbalan menteri yang mengangkat sump4h jawatan menteri kabinet baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak
Dikuasakan oleh Blogger.