Hari Ke 5, Tak Pernah Termimpi Pun Terpaksa Berada Di Rumah Selama 2 Minggu”- AC Mizal Bersyukur Dapat Melakukan

Pelakon Datuk AC Mizal meluahkan rasa syukur apabila dapat memanfaatkan masa selama dua minggu bersama keluarga tercinta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Katanya, mungkin inilah hikmah yang perlu diambil secara positif di sebalik ujian penul4ran w4b4k c0v1d-19 di negara ini.
“Setelah bertahun bekerja alhamdulllilah dapat berehat bersama keluarga tanpa memiirkan apa apa sbb semua mengalami nasib yang sama #juststayathome.

“Terasa kenikmatan hidup bila anak-anak ada depan mata di mana kita tidak sibuk bekerja dan anak-anak tak sibuk ke sekolah atau kolej.
“Ada hikmahnya c0v1d-19 ni, semua hal dunia direhatkan sementara dan peluang kita bersama keluarga menyembah Ilahi,” luahnya menerusi satu posting di Facebooknya.
Pada masa sama, dia turut menyeru agar orang ramai terus memanfaatkan masa yang ada ini untuk digunakan sebaiknya bersama keluarga.
“Kita belum tahu apa akan terjadi selepas ini kerana sebelum ini tak pernah termimpi pun kita terpaksa berada di rumah selama dua minggu kerana ser4ngan v1rus c0v1d-19
“Saya cadangkan ambil lah peluang ini untuk kita sama-sama berehat dirumah bersama keluarga kerana setelah bertahun kita hidup, kita diberi peluang selama dua minggu bersama keluarga yang kita kasihi.
“Kita akan kembali dengan kurang masa bersama keluarga. Jadi ambillah peluang keemasan bersama keluarga di rumah sendiri sebagai masa rehat yang berharga!,” ujarnya.
Terdahulu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini.
Sepanjang tempoh itu, orang ramai diminta untuk terus berada di dalam rumah dan mengelakkan diri daripada pergi ke tempat awam tanpa urusan penting.
Jadi, apa kata, gunakan masa yang ada ini dengan menonton program -program yang pernah menampilkan AC Mizal  di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak
Dikuasakan oleh Blogger.