Sedar Bila Bila Masa Saja Boleh Dipanggil Awal Oleh Maha Pencipta, Alif Satar Dah Siapkan Wasiat Untuk Isteri Dan Anak Anak Dia


Alif Satar risau mengenai nasib dan masa depan keluarganya selepas beberapa kes kematian mengejut pada usia muda di kalangan rakan selebriti.

Disebabkan itu, penyanyi dan pelakon ini mengambil langkah dengan menyediakan pelan pewarisan harta atau dokumen wasiat semasa hidup.

https://www.instagram.com/alifsatar/?utm_source=ig_embed

Ini semua bagi memudahkan isteri dan anak-anak meneruskan hidup selepas ketiadaannya.

"Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ini, tapi ia perlu dibuat," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya lagi dia sudah sediakan wasiat sejak ada anak pertama lagi sebab tak tahu bila nyawa akan ditarik.


Dalam perkembangan lain, bapa kepada tiga orang anak ini mula menjalinkan kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi menggerakkan kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan jantung.

"Ada banyak kes orang muda terutamanya lelaki meninggal kerana serangan jantung, Jadi saya nak ajak orang ramai untuk jaga kesihatan jantung."

Suami di luar sana bolehlah ikut langkah Alif ni untuk mengelakkan sebarang masalah di masa akan datang.

Kredit : Mstar
Dikuasakan oleh Blogger.