Hajat Tak Kesampaian, Pelukis Storyboard Upin Ipin M@ut


Setiap yang hidup pasti akan m@ti. Tidak kira muda atau tua jika sampai ajalnya pasti dijemput oleh malaikat m@ut tidak cepat atau tidak lambat.

Semejak dua menjak ini ramai insan yang kita kenal pergi meninggalkan kita untuk ke negeri abadi iaitu alam kem@tian.

Sungguh mengejutkan apabila baru-baru ini, warga kerja Les’ Copaque Production menerima berita sedih apabila salah seorang pekerjanya, Fairul Haida Abdul Rahim yang juga merupakan orang kuat dalam pembikinan animasi kartun ‘Upin dan Ipin’ meninggal dunia dalam satu kem@langan jalan raya.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh Les’ Copaque di laman Facebook rasmi milik mereka. Rata-rata melahirkan rasa sedih apabila arwah dalam perjalanan pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga.

Terlibat dalam kemalangan jalan raya


Arwah merupakan seorang pelukis papan cerita (storyboard) di syarikat Les’ Copaque. Dikhabarkan arwah dalam perjalanan pulang ke kampung di penghujung syawal namun ajal memisahkan mereka terlebih dahulu. Kemalangan itu berlaku di Sungai Bakap, Pulau Pinang dan arwah sempat memuat naik status di Facebook memberitahu dia dalam perjalanan ke Utara.

Luahan sahabat arwah.


Netizen sebak

Berita ini sudah pasti mengejutkan ramai pihak terutama ahli keluarga dan rakan-rakan serta warga kerja Les’ Copaque Production. Ini adalah satu kehilangan orang seni dari karya Upin dan Ipin.

Semoga amal yang dilakukan di dunia sebelum ini mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin..

Dikuasakan oleh Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close