Gambar Jemaah Turki Solat Walaupun Basah Di Dataran Undang Sebak Netizen



Disebabkan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, rumah ibadat termasuk masjid ditutup buat sementara daripada dikunjungi oleh orang ramai untuk mencegah penularan wabak tersebut daripada terus merebak.

Namun begitu, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, banyak kelonggaran telah diberikan hampir diseluruh dunia susulan daripada penurunan kes jangkitan yang berlaku.

Solat dalam hujan

Di Ankara Turki, Solat Jumaat telah mulai dibenarkan dan ibadah tersebut dilakukan di kawasan dataran dengan masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan.

Gambar-gambar semasa solat Jumaat tempoh hari telah tular apabila jemaah langsung tidak berganjak walaupun ketika itu hujan turun dengan lebatnya.

Terus khusyuk beribadah

Masing-masing dilihat khusyuk menikmati ibadah tersebut yang sudah lama tidak dilakukan berikutan perintah kawalan yang dikuatkuasa oleh kerajaan Turki berhubung pendemik Covid-19.


Gambar-gambar yang tular itu turut dimuat naik CNN Turk dan dikongsikan berulang kali di laman sosial sehingga ke hari ini.


Akibat penularan wabak Covid-19 yang pastinya hampir melumpuhkan ekonomi seluruh dunia.

Dikuasakan oleh Blogger.