"Barisan Pelakon Hebat Tanah Air Bergambar Dengan Sebatang Kayu" - Netizen

 


Selepas aktor kacak Remy Ishak berkongsi foto hero malaya dalam misi penggambaran filem aksi terbaru mereka yang bakal berlangsung kelak ianya mula mencuri perhatian warganet.

Menerusi laman Instagram, Remy sempat memuat naik foto bersama Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen dan Alif Satar yang sedang menjalani latihan bersama tentera Malaysia.

Difahamkan mereka merupakan barisan pelakon yang bakal membintangi filem Bakara yang akan menjalani penggambaran sekitar Jun tahun hadapan.

Filem tersebut dikhabarkan mengisahkan tentang perjuangan sebenar anggota 19 RAMD Mekanis menyelamatkan anggota Renjer dan Delta US di Pasar Bakara Somalia pada 3 dan 4 Oktober 1994.

Walau bagaimanapun, selepas melihat barisan pelakon yang akan menerajui filem tersebut, perkara itu seakan menimbulkan reaksi kurang senang pengguna laman Twitter.

Ia tercetus selepas seorang netizen menulis “Barisan pelakon hebat tanah air bergambar bersama sebatang kayu”

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen tweet berkenaan, ramai dalam kalangan pengguna mula memetik nama Hairul Azreen sebagai pelakon “kayu” yang dimaksudkan.



Malah ada yang bersoloroh sambil mengutarakan pendapat bahawa mutu lakonan Hairul perlu ditingkatkan memandangkan suaranya persis watak animasi “BoBoiBoy”.

Sehingga ada juga yang beranggapan bahawa Hairul wajar digantikan dengan pelakon Beto Kusyairy kerana prestasi lakonan pelakon itu jauh lebih hebat berbanding Hairul.

Apa-apa pun netizen juga turut mendoakan agar segala urusan penggambaran dipermudahkan kerana para pelakon mempunyai lebih kurang 10 bulan lagi sebelum sesi penggambaran dijalankan susulan penggambaran terpaksa ditunda berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik C0VID-19.

Dikuasakan oleh Blogger.