KKM: Bukan Lagi RM1,000 Ini Jumlah K0mpaun Terbaharu Dicadangkan Untuk Individu Yang Ingkar

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mɛnaikkan dɛnda bagi kɛsalahan k0mpaun di bawah Akta 342 (Akta Pɛncegahan dan Pɛngawalan Pɛnyakit Bɛrjangkit 1988) dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka yang dipinda itu telah dikɛmukakan kepada Parlimen baru-baru ini dan akan mengambil sedikit mAsa untuk diluluskan.

"Akta itu digubal pada 1988 dan kadar RM1,000 itu adalah munasabah pada ketika itu tɛtapi sɛkarang kita perlu menyɛmaknya semula... Jadi saya sɛrahkan kepada Parlimen untuk membuat keputusan," katanya semasa dialog khas bertajuk, "C0VID-19: Perjalanan Malaysia Ke Arah Melandaikan Keluk" sɛmpena Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2020 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Dr Noor Hisham mɛnerima pɛngiktirafan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Kebangsaan bagi Kepimpinan dalam Kesihatan Awam oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik.

Walaupun Dr Noor Hisham telah mɛnerima beberapa pengiktirafan terhadap sumbangannya memerangi pandɛmik C0VID-19, beliau mengatakan penghargaan itu tidak harus diberikan kepadanya seorang sebaliknya kepada seluruh pasukan terutama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Satu orang tidak b0leh membuat kɛlainan. Jika anda mahu mɛmberi penghargaan, berikan kepada Perdana Menteri kerana beliau yang membuat keputusan, saya hanya mɛnasihatkan beliau," katanya.

Dikuasakan oleh Blogger.