Keluarga Cuma Call Bila Nak Duit Sahaja, Tak Pernah Tanya Khabar

 


Sudah menjadi kebiasaan bagi anak lelaki, mereka akan merantau jauh ke tempat lain untuk mencari duit buat keluarga di kampung. Tidak kisah seberat manapun kerja itu, semuanya akan dilakukan agar ibu ayah dan adik-adiknya dapat hidup dengan senang.

Walaupun terpaksa merantau dan tinggal berjauhan, mujur sahaja sudah ada kemudahan video call yang boleh dihubungi pada bila-bila masa sekali gus mampu melunaskan rindu di hati.

Meskipun begitu, seorang pemuda ini berhadapan dengan situasi yang sedikit berbeza. Berkorban mencari nafkah untuk menyara keluarga, dia sukar menerima hakikat bahawa segala penat lelah yang sudah dicurahkan umpama tidak dihargai.

Mengikut luahan yang dibuat, mereka cuma berbicara tentang wang ringgit sahaja apabila menelefon. Berbeza dengan orang lain yang mungkin akan bergurau senda atau bertanya khabar, lelaki berkenaan langsung belum pernah merasai moment sedemikian rupa.

Sambil mengesat air mata yang sudah bertakung, dia juga menjadi buntu dengan sikap keluarganya sendiri. Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, video berkenaan ditonton lebih 400 ribu kali sekali gus mengudang sebak di kalangan netizen. Seakan memahami gelodak yang dirasakan, ramai berkongsikan kisah sama di mana diri mereka cuma dianggap keluarga apabila mempunyai wang ringgit.

Dikuasakan oleh Blogger.