Rahsia Sujud Kepada Kesihatan Otak! Rupanya Inilah Kenapa Kita Sujud 17 Kali Sehari Semalam

 


Dalam solat terdapat 13 rukun dimana salah satunya ialah sujud. Sujud adalah satu perbuatan yang melibatkan beberapa anggota badan.

Anggota badan tersebut akan tertumpu ke bumi iaitu:

Dahi
Hidung
Kedua telapak tangan
Lutut
Kedua hujung jari kaki

Kenapa Perlu Sujud

Sujud merupakan konsep merendah diri sambil memuji-memuji Allah SWT. Dalam masa yang sama kita membuat segala permintaan kepada Allah SWT.

Sekaligus dengan bersujud ia mengikis sifat-sifat tercela seperti angkuh, sombong, riyak, takbur dan sebagainya.

Dr Fidelma O’Leary, Phd Neuroscience dari St Edward’s University, telah memeluk agama Islam disebabkan fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan.

Dalam kajiannya, Dr Fidelma O’Leary mendapati di dalam otak manusia terdapat beberapa urat saraf yang tidak dimasuki darah dengan sendirinya. Urat-urat berkenaan hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud sahaja.

Kenapa Tidak Dimasuki Darah

Ini kerana urat-urat saraf berkenaan hanya memerlukan darah untuk beberapa saat dimasa-masa tertentu saja. Masa itu ialah pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan seperti Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.

Subhanallah. Inilah kelebihan jika kita bersolat lima waktu. Apatah lagi jika kita menenunaikan solat-solat sunat yang lain. Tentu besar manfaatnya bukan sahaja sebagai ibadah tetapi kesihatan.

Bagaimana Jika Tidak Solat

Bagi orang-orang yang tidak menunaikan solat bermakna urat-urat saraf berkenaan tidak menerima darah. Ini menyebabkan otaknya tidak berfungsi secara normal.

Antara bukti yang seringkali kita lihat adalah timbulnya berbagai masalah yang berkaitan gejala sosial dalam masyarakat kita. punca utama adalah tidak solat atau tidak menunaikan solat secukupnya.

Prof Hembing berkata, jantung hanya membekalkan 20% darah ke otak. Maka manusia perlu membantu untuk menambahkan aliran darah dengan melakukan sujud yang lebih lama dari biasa.

Perkara ini sangat bertepatan dengan apa yang disampaikan Rasulullah SAW supaya kita sujud lebih lama pada rakaat terakhir ketika solat.

Manfaat Sujud Lebih Lama

1. Menghindarkan darpada pening

2. Menjauhi penyakit migrain

3. Menyegarkan otak

4. Menajamkan akal fikiran agar lebih peka

5. Melancarkan sistem pernafasan

6. Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh

7. Membetulkan dan memperkukuhkan kedudukan bayi ddi alam kandungan

8. Mengelakkan kandungan songsang dan lain-lain masalah

Lebih menakjubkan lagi, jika kita memperhatikan betul-betul, bentuk saraf yang terdapat di dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud.Subhanallah!
Dikuasakan oleh Blogger.