Masih Ingat Pelakon Tam Cili Padi? Lama Tak Berlakon Tapi Pencapaian Dia Sekarang Hebat

 

Tam Suhaimi , 38, mendapat perhatian ramai menerusi kehidupan awalnya apabila drama tv, Cili Padi mendapat perhatian ramai. Dia yang memegang watak Salim, abang kepada Syafiq (Nik Fariz Nik Fazil) menjadi pujaan ramai kanak-kanak dan remaja era 90 an kerana sifatnya yang kecil molek. Disamping teraju utama Jaafar Onn, Melissa Saila dan Zizie Ezette.

Susuk Tubuh Kecil

Namun begitu, dia akur cabang seni itu tidak lagi menjadi keutamaannya, meskipun minat terhadap bidang lakonan yang diceburinya sejak tahun 1986 masih membara. Ini kerana dia sering berdepan masalah apabila watak ditawarkan tidak mencabar kemampuannya oleh kerana memiliki susuk tubuh yang kecil.
Tam mendakwa “Tawaran berlakon masih diterima, tetapi kebanyakannya mahu saya membawa watak remaja. Jika watak yang diberikan sama seperti 20 tahun lalu, di mana lagi cabarannya? Mungkin tubuh kecil membataskan saya untuk mendapat watak matang dan menguji”.

Beliau juga menambah “Kali terakhir saya muncul dalam telefilem Mama Zumba, dua tahun lalu. Itupun selepas dipaksa Liyana Jasmay. Dia juga mempelawa saya untuk berlakon dalam filem sulung terbitan syarikat produksinya, Mermaid Studios berjudul Bella & Jamie,”.

Kerja di Sebalik Tabir dan Mengarah


Justeru itu, minat itu terpaksa disalurkan menerusi kerja di balik tabir termasuk mengarah, ujar Tam. Setakat ini, anak kelahiran ibu kota itu sudah menghasilkan lebih 15 drama dan telefilem.

Tam yang diperkenalkan menerusi drama Nur Islam di TV3 berkata, dia mula aktif mengarah sejak tahun 2013. “Berada di balik tabir bukan perkara asing kerana saya sudah melakukannya sejak usia 16 tahun. Saya pernah diberi kepercayaan sebagai penolong pengarah untuk produksi terbitan Erma Fatima, Bade, Aziz M 0sman dan Melissa Saila.

“Aziz juga pernah mencabar saya untuk menulis skrip, namun hanya pada tahun 2013, baru saya berani melangkah ke dunia pengarahan,” katanya.


Perjalanan Kerjaya

Walaupun masih baru, Tam meluahkan rasa syukur apabila telefilem arahannya, Menantu Material tersenarai sebagai finalis Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) dalam kategori Drama Terbaik, namun tewas kepada karya hasil daripada Erma, Pesan Dari Tuhan.

“Secara peribadi, ia pencapaian terbesar kerana saya bersaing dengan nama berpengaruh dan jauh lebih berpengalaman. Sudah lama saya tidak menerima undangan ke acara itu, membuatkan saya tidak menyangka mampu melangkah sejauh itu” tambahnya lagi.

Menerusi telefilem Pengancam Perkahwinan, Tam pernah di iktiraf sebagai Pengarah Komedi Terbaik pada Anugerah Lawak Warna 2014. Yang paling dinanti nantikan adalah telefilem terbaru arahannya , Cinta Tanpa Syarat yang menggabungkan pelakon hebat Elfira Loy dan Harris Baba sedang menanti untuk ditayangkan.


Dikuasakan oleh Blogger.