Ramai Tak Sangka Ini Mangsa ke-11 Nahas Elmina, "Oyen Masih Hidup"



Siapa sangka, seekor kucing yang diberi nama 'Oyen' juga menjadi mangsa dalam kejadian malang pesawat model Beechcraft 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam, pada hari Khamis yang lalu.

Seorang doktor veterinar yang dikenali sebagai Zulerwan berkongsi maklumat ini melalui akaun Instagramnya, menceritakan bahawa kucing tersebut ditemui oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kecederaan pada bahagian badannya.

"Oyen ditemui di kawasan kejadian ketika pesawat jatuh di Elmina. Terima kasih kepada pasukan ambulans KKM kerana turut menyelamatkan Oyen," katanya.

Zulerwan juga berkongsi beberapa gambar dan video yang menunjukkan kecederaan yang dialami oleh Oyen, serta keadaan kucing tersebut setelah menerima rawatan.

Maka, dengan ini secara jelas "OYEN" adalah mangsa ke-11 dalam kejadian pesawat terhepas di Elmina tempoh hari. Oyen juga merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadia pesawat malang tersebut.

Dikuasakan oleh Blogger.