Sinopsis Drama Jendela Hati

 


Sinopsis Drama Jendela Hati

Drama Jendela Hati sebuah drama yang diadaptasi daripada novel berjudul Jendela Hati karya Aisya Sofea. Drama arahan MP Roslin terbitan Global Station Sdn Bhd ini disiarkan mulai 15 Februari 2014 setiap Khamis hingga Sabtu. Drama ini boleh ditonton di aplikasi Viu Malaysia dan juga di laman sesawang www.viu.com. Drama 15 episod ini menampilkan gandingan pelakon popular MK K-Clique dan Anna Jobling sebagai watak utama.

Sinopsis

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergiaan isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun dihujung rumput, memakan dirinya sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

Dikuasakan oleh Blogger.