Sinopsis Drama My Lovely Driver

 


Drama My Lovely Driver sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd yang diarahkan oleh Ayie Mustafa dan skrip hasil karya Lynnda Sharudin. Drama My Lovely Driver mula disiarkan pada 16 Februari 2024 menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3. Drama komedi romantik 20 episod ini menampilkan lakonan Hisyam Hamid bergandingan dengan Trisha Ooi sebagai watak utama dan turut dibantu ramai lagi pelakon lain.

Sinopsis Drama My Lovely Driver

Mengisahkan tentang Adly yang masih trauma dengan kejadian kemalangan yang dialaminya lima tahun lepas dan melibatkan kematian seorang wanita. Kejadian ini menyebabkan dia sukar untuk memandu dan menyebabkan Adly menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk kemana-mana sahaja. Ketika Adly ingin menggunakan khidmat pemandu kereta sendiri itu, dia juga telah berkenalan dengan Sam.

Sam mempunyai banyak tanggungan di rumah, termasuk tanggungjawab untuk melunaskan hutang arwah ayahnya sehingga dia terpaksa mencari kerja tambahan. Sam tekad untuk tambah pendapatannya dan tidak boleh hanya bergantung kepada perniagaan atas taliannya. Jojo memberi sokongan kepada Sam untuk menjadi pemandu e-hailing sepenuh masa sementara Jojo membantu perniagaannya.

Pertemuan pertama Adly dan Sam sebagai pemandu dan penumpang bagaikan sebuah takdir untuk mereka apabila Adly berasa selesa dengan kehadiran Sam dalam hidupnya. Dia telah mengupah Sam untuk menjadi pemandu peribadinya dan disamping itu Adly juga dapat mempelajari lebih banyak mengenai perniagaan daripada Sam. Adakah akan ada sesuatu di antara mereka? Dapatkah Adly pulih daripada trauma dengan kehadiran Sam? Saksikan kesudahan kisah mereka.

Dikuasakan oleh Blogger.