STR 2025 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

 


Jumlah Bayaran STR 2025 Mengikut Kategori

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan oleh kerajaan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah kesinambungan daripada bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diwujudkan oleh kerajaan bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang meningkat. Penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan membolehkan kerajaan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat menerusi STR 2025 bagi memastikan mereka yang berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Bagi tahun 2025 kerajaan memberikan peningkatan tertinggi bagi STR dan SARA iaitu RM13 billion berbanding RM10 bilion. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara. Penambahan peruntukan ini membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700. Kadar baharu bagi kategori bujang juga meningkat kepada RM600 berbanding RM300 sebelum ini.

Berikut adalah jumlah bayaran STR 2025 bagi setiap kategori:

Isi Rumah
Pendapatan RM2,500 kebawah
Anak 5 atau lebih - RM2,500
Anak 3-4 - RM2,000
Anak 1-2 - RM1,500
Tiada anak - RM1,000

Pendapatan RM2,501 - RM5,000
Anak 5 atau lebih - RM1,250
Anak 3-4 - RM1,000
Anak 1-2 - RM750
Tiada anak - RM500

Warga Emas Tiada Pasangan
Pendapatan RM5,000 kebawah - RM600

Bujang
Pendapatan RM2,500 kebawah - RM600

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.