Bendera Daerah Negeri Johor Darul Ta'zim


Bendera Daerah Negeri Johor Darul Ta'zim

Negeri Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri yang terletak di Semenanjung Malaysia dan merupakan salah sebuah daripada 13 negeri di Malaysia. Negeri Johor bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga turut dikelilingi kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.

Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim dengan Provinsi Kepulauan Riau di bahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia dan manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.

Negeri Johor merupakan negeri kelima terbesar di Malaysia. Johor Bharu merupakan ibu negeri bagi negeri Johor. Bandaraya Johor Bharu merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur.

Negeri Johor mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di Malaysia. Negeri Johor terbahagi kepada 10 daerah iaitu Johor Bharu, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing, dan Tangkak.

Bendera Negeri Johor Darul Ta'zim

Daerah Negeri Johor

Johor Bharu
Kulai
Pontian
Kota Tinggi
Kluang
Segamat
Muar
Batu Pahat
Mersing
Tangkak

Bendera Daerah Negeri Johor

Bendera Daerah Johor Bharu

Bendera Daerah Kulai

Bendera Daerah Pontian

Bendera Daerah Kota Tinggi

Bendera Daerah Kluang

Bendera Daerah Segamat

Bendera Daerah Muar

Bendera Daerah Batu Pahat

Bendera Daerah Mersing

Bendera Daerah Tangkak
Dikuasakan oleh Blogger.