Senarai Sekolah Penerbangan Di Malaysia


Senarai Sekolah Penerbangan Di Malaysia

Sekolah penerbangan adalah merupakan sebuah akademi yang melatih dan melahirkan juruterbang yang bertauliah dalam mengendalikan pesawat.

Terdapat beberapa cara untuk menjadi juruterbang iaitu menyertai program juruterbang kadet di syarikat penerbangan, membiayai sendiri lesen PPL, CPL atau Frozen ATPL dan memohon kemasukan ke program kadet dengan lesen PPL sahaja dengan syarat harus mengikuti latihan penerbangan mengikut masa yang telah ditentukan tertakluk kepada jenis lesen yang ingin diambil.

Jenis-Jenis Lesen

Private Pilot License (PPL)

Lesen ini membolehkan kamu menerbangkan semua jenis kapal terbang berkuasa rendah. Kamu boleh memohon lesen PPL sekiranya kamu mahu menjadikan bidang penerbangan hanya sebagai hobi, mahu membawa pesawat kecil yang boleh disewa dan tidak boleh membawa penumpang. Jangkamasa penerbangan yang harus dibuatuntuk lesen ini ialah 50 jam.

Commercial Pilot License (CPL)

Lesen ini membolehkan kamu dibayar untuk menerbangkan pesawat komersil. Kamu harus membuat latihan penerbangan sekurang-kurangnya 200 jam di bawah Approved Flying Training Organization. Kamu juga harus mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Airline Transport Pilot License (ATPL)

Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang perlu melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL serta menduduki enam lagi kertas peperiksaan. Sekiranya kamu berjaya di peringkat ini, kamu sudah layak menjadi 'First Officer' atau pegawai pertama dalam sesebuah penerbangan.

Untuk menjadi seorang kapten penerbangan, kamu harus mempunyai lesen Frozen ATPL dan melengkapkan jumlah jam penerbangan yang ditetapkan untuk setiap pesawat yang dibawa secara bergilir-gilir dengan kapten sebelum sebelum lesen Frozen ATPL itu ditukar kepada lesen Unfrozen ATPL. Selepas mendapat Unfrozen ATPL barulah kamu layak mendapat pangkat kapten.

Senarai Sekolah Penerbangan Di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.