25 Nama Para Nabi Dan Rasul Yang Wajib Diketahui


25 Nama Para Nabi Dan Rasul Yang Wajib Diketahui

Sebagai seorang Islam, perlu patuh kepada rukun iman yang keempat iaitu percaya kepada nabi-nabi dan rasul-rasul. Bagi setiap orang Islam wajib mengetahui 25 para nabi dan rasul. Nabi dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu oleh Allah sebagai panduan hidup, sementara rasul pula adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya.

Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat. Selepas kewafatannya, tugasnya itu wajib disambung oleh orang Islam yang menjadi ummatnya.

Tidak diketahui berapakah jumlah sebenar para nabi tetapi dianggarkan berjumlah lebih kurang 124,000 orang manakala para rasul dianggarkan berjumlah 315 orang berdasarkan hadis oleh Imam At-Tabrani.

Ulul Azmi

Di antara 25 rasul terdapat 5 orang rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi dan istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama Islam (Tauhid al-Islami). Antara rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi ialah:

Nabi Nuh a.s
Nabi Ibrahim a.s
Nabi Musa a.s
Nabi Isa a.s
Nabi Muhammad s.a.w

25 Nabi Dan Rasul

Antara 25 para nabi dan rasul yang wajib diketahui bagi setiap orang Islam adalah:

Nabi Adam a.s
Nabi Idris a.s
Nabi Nuh a.s
Nabi Hud a.s
Nabi Saleh a.s
Nabi Ibrahim a.s
Nabi Luth a.s
Nabi Ismail a.s
Nabi Ishaq a.s
Nabi Ya'akub a.s
Nabi Yusuf a.s
Nabi Ayub a.s
Nabi Syu'aib a.s
Nabi Musa a.s
Nabi Harun a.s
Nabi Zulkifli a.s
Nabi Daud a.s
Nabi Sulaiman a.s
Nabi Ilyas a.s
Nabi Ilyasa' a.s
Nabi Yunus a.s
Nabi Zakaria a.s
Nabi Yahya a.s
Nabi Isa a.s
Nabi Muhammad s.a.w

Kitab

Dalam agama Islam, percaya kepada kitab-kitab adalah salah satu daripada rukun iman. Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada para nabi dan rasul adalah:

Taurat diturunkan kepada Nabi Musa
Zabur diturunkan kepada Nabi Daud
Injil diturunkan kepada Nabi Isa
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad

Orang Islam percaya pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu, maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

Dikuasakan oleh Blogger.