"Yb Beliau" Buat Pendedahan Mengejutkan, Selamber Jer Dia Guna Perkataan Tut! Macam Nak Cari Pasal Lagi Ni.


Terkenal dengan gelaran "YB Beliau", rasanya ramai yang mengikuti perkembangan politik semasa akan mengenali siapa empunya badan ini.

Terbaru, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee berkata beliau beralih angin dalam poIitik negeri kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Harapan sebelum ini.

Dua hari selepas perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8, pelbagai kisah tidak di sangka-sangka berlaku melibatkan orang-orang politik. Mana tidaknya, jika dahulu YB Beliau inilah yang sering menjadi hentaman pihak "belah sana" dan modal untuk bahan "troll".

Siapa sangka, kini YB Beliau sudah insaf dan mengaku menjadi ba-rua.

” Saya mengaku saya jadi ba-rua.” Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yang menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.

” Saya dah bekerja keras, bertungkus-lumus. Mereka kata mereka nak berhemah, nak bermaruah.. tapi saya tengok saya jadi bar-ua hari ini.

” Jadi saya cakap, saya memang outspoken, tak reti nak beralas-alas,” katanya.

Dalam sidang media mengumumkan peralihan kuasa kerajaan Melaka sebenar tadi, Norhizam berkata, beliau bertindak menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional demi orang Melayu.

” Saya bertindak demi kepentingan orang Melayu yang mana saya sudah bekerja keras, mereka kata nak berkhidmat tapi saya tengok saya jadi ba-rua saja.

” Bila hati dan jiwa raga saya serahkan (kepada kepimpinan sebelum ini), ini yang berlaku. Saya kecewa, jadi saya balik ke pangkuan. Saya harap barisan kepimpinan kerajaan baru tak kecewakan rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukannya dalam D.A.P, Norhizam berkata, beliau bersedia dengan semua kemungkinan.

” Itu antara saya dengan parti. Saya bersedia dengan semua kemungkinan,” katanya.

Beliau juga berkata bertindak demikian demi “kepentingan Melayu”.

Norhizam yang asalnya anggota Umno menyertai D.A.P pada tahun 2006.

Perikatan Nasional dijangka mengambil alih kerajaan negeri Melaka dengan sokongan Norhizam dan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis daripada PKR.

Pengerusi Umno Melaka, Abd Rauf Yusoh pada sidang akhbar yang sama berkata Perikatan Nasional kini mempunyai sokongan 17 daripada 28 Adun.

Sementara itu Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mahu pilihan raya negeri diadakan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Adly berkata beliau telah membuat cadangan itu kepada Tuan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob selepas Pakatan Harapan kehilangan kawalan majoriti di dewan undangan negeri (DUN).

Yang di-Pertua mempunyai prerogatif untuk menerima atau menolak permintaan itu. Jika ditolak, maka Adly mesti melepaskan jawatan sebagai ketua menteri.

Kerajaan PH Melaka tumbang minggu lalu susulan tindakan Bersatu meninggalkan gabungan itu, dan diburukkan lagi dengan dua Adun berpaling tadah.

Mereka adalah Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee, dari D.A.P yang juga dikenali sebagai Hulk, dan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis, dari PKR.

Tindakan itu menjadikan gabungan Perikatan Nasional memiliki 17 daripada 28 kerusi DUN Melaka.

Dalam pada itu, Adly meminta rakyat negeri itu supaya bertenang.

” Saya mengharapkan semua rakyat kekal bertenang dan mematuhi peraturan bagi memastikan negeri ini terus aman dan selamat,” katanya.

Kemaskini Terkini:
Tuan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob menolak cadangan Adly untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN) selepas Pakatan Harapan kehilangan kawalan majoriti di(DUN).

Dengan ini maka berakhirlah harapan untuk Pakatan Harapan mendapat mandat pemerintahan di negeri Melaka buat masa terdekat.

Kuasa terletak pada Tuan Yang di-Pertua Negeri Melaka dan majoriti ADUN. Maka dengan ini dilihat Pakatan Harapan tidak lagi memiliki majoriti di Melaka. Satu lagi negeri yang diperintah oleh Pakatan Harapan dirampas.
Dikuasakan oleh Blogger.