Suspek Hina Agong Mungkin Dibebaskan, Sebabnya Buat Ramai Geram

aaron-yee-hina-agong
Kes menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan.

Jika gejala yang tidak bermoral ini tidak dibendung dari awal lagi mungkin akan menjadi lebih parah selepas ini. Yang Di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang perlu dihormati dan dilindungi dan merupakan simbol payung negara.

Menghina seorang Ketua Negara memang tidak boleh dimaafkan dan pihak polis selalunya bertindak pantas atas laporan dari orang awam.

Terbaru, polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.

Namun yang mengejutkan, Polis berkata lelaki yang ditahan kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, itu didapati mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata suspek mempunyai rekod perubatan berkaitan masalah kesihatan mental.

“Suspek sakit mental,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed berkata lelaki tersebut ditahan kerana memuat naik status menghina Agong di Facebook.

Beliau berkata polis kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan, iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tiga siasatan berhubung status Facebook menghina raja manakala kes ke-4 berhubung status yang dimuat naik pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikiri @FadiahNadwa kerana mempunyai unsur hasutan.

Hamid berkata polis tidak akan menyekat kebebasan bersuara dan akan membenarkan perhimpunan awam selagi mereka mengikut undang-undang.

“Polis tidak berminat untuk menyekat kebebasan bersuara, tetapi kita juga perlu memikirkan keselamatan orang ramai, orang yang tidak terlibat atau tidak berminat,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya menggunakan hak mereka untuk menyatakan pendapat mereka dengan betul.

“Undang-undang tidak akan menyekat, tetapi memberi jaminan bagi mereka yang ingin bercakap dan mendengar (ceramah ini) (bahawa mereka) lakukan secara teratur.”

Tambahnya, masih terdapat “beberapa individu yang degil” dan mereka akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Beliau juga berkata NGO mesti memaklumkan polis supaya pegawai ditempatkan untuk memantau lalu lintas dan aliran pergerakan.

“Kami meminta mereka mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, kenapa mereka harus mengadakannya di pusat bandar?”

“Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman juga sedang menyiasat pemilik akaun Gavin Lee dan Haizad Azhar kerana melakukan kesalahan sama.”

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap status yang dimuat naik pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikiri @FadiahNadwa kerana mempunyai unsur hasutan.

“Status dimuat naik ini boleh mendatangkan suasana tidak harmoni, perpecahan, permvsuhan dan mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Huzir menggesa orang ramai mendukung prinsip rukun negara, iaitu kesetiaan kepada raja dan negara serta tidak membuat, menerbit atau mengedarkan apa-apa kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut sehingga menimbulkan suasana tidak harmoni.

“Polis turut menasihatkan semua pihak tidak menyalahi undang-undang dan akan bertindak tegas mengheret pesalah ke muka pengadilan.”

Melihat perkara ini, pihak PDRM tegas dalam menangani individu yang menghina Ketua Negara Malaysia iaitu Yang di-Pertuan Agong. Kecekapan pihak polis dalam menangani masalah ini haruslah dipuji dan diberikan sokongan sepenuhnya.

Diharap selepas ini tiada lagi individu yang sewenang-wenangnya menggunakan media sosial untuk menghina Yang di-Pertuan Agong.
Dikuasakan oleh Blogger.