Senarai Universiti Awam (IPTA) Di Malaysia


Senarai Universiti Awam (IPTA) Di Malaysia

Universiti Awam juga Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam melalui kerajaan negara atau setempat. Universiti kebangsaan lazimnya merupakan universiti awam. Di sesetengah tempat, institut awam merupakan pusat penyelidikan terkemuka dan berpengaruh, banyak diantaranya diletakkan setanding dengan universiti terbaik di dunia oleh THES - QS World University Rangkings dan Academic Ranking of World Universities.

Universiti merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi dan pengkajian yang menganugerahkan ijazah akademik di pelbagai peringkat dan bidang. Perkataan universiti diambil daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu university yang turut dipetik daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium yang bermaksud "masyarakat pakar dan pengkaji".

IPTA di Malaysia dikategorikan kepada tiga kumpulan, iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif. Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, sementara universiti berfokus memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya, manakala universiti komprehensif pula menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian.

Senarai Universiti Awam Di Malaysia

Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
Dikuasakan oleh Blogger.